Tuesday, December 20, 2016

jejak jepun day 5: pt.1 Kyoto station - Kyoto GH Hannari

sambungan dari SINI...

ohayo gozaimasu kyoto!!! wahh sejuk dan nyaman sungguh udara kat kyoto ni....bas kami sampai di depan hotel centnovum kyoto, tepi stesen kyoto lebih kurang jam 7 pagi. setel turunkan penumpang kat sini, bas terus bergerak ke destinasi terakhir iaitu osaka..

perghh turun bas terus udara sejuk menerpa muka kami yang flawless ni...muahahha sejuknya lahai..tapi takde lah beku cam semalam;p



melilau jugak aku berjalan nak cari pintu masuk ke stesen bas ni....dah nampak stesen nya..tapi tak pasti nak masuk ikut jalan mana sebab masa aku sampai ni tengah construction...so banyak jalan lencongan di situ...hurmmm gigih jugakla menapak tawaf building station tu...padahal depan muka je pintu masuk nye...haha lepas setel tawaf baru sedar...hahahah bertabah jela wahai ahli jemaah sekalian ikut aku riadah pagi;p

stesen bas kat sini memang besar ye kawan-kawan...kena makesure ko nak naik bas nombor berapa, menghala ke mana dan nombor platformnya...jangan risau sebab semua tu boleh refer kat map je.

bajet local la sangat...hilang arah dok mencari kaunter tiket...hahaha

a gift from a sweet japanese's guy;p

haaaaa.....orang jepun ni sememangnya sweet dan baik hati ke? sebab sepanjang trip ni, semua japanese yang aku jumpa memang baik-baik belaka...bekas tin ni pulak aku dapat masa tengah ke hulu hilir mencari platform untuk naik bas ke guesthouse. tetiba je sorang mamat ni datang dan dengan rela hati nak tolong carikan platform bas... mungkin nampak aku macam lost kot....dengan bagpack dan map bagai kan...padahal dah tau pon mana arah ke platform tu..tapi biasalah jalan lenggang mak limah bawak bagpack kan...tu yang nampak slow dan macam lost...hahaha sebelum dia berlalu pergi, tetiba dia buka bagpack dia dan hulur tin ni...souvenir katanya...hehe very nice guy indeed...doomo arigatoo gozaimasu!

p/s: jangan nak tanya pulak kenapa aku tak snap pic dengan mamat tu....hahaha

line hijau untuk beratur naik bas!

ok yang ni aku respect.memang japanese ni jugak terkenal dengan sikap diorang yang very organize dan sangat berdisiplin selain pembersih...sebelum ni dengar cerita je, tapi bila dah sampai sini, memang bukti tu depan mata dan dimana-mana. korang boleh tengok turn-turn kat line hijau tu, macam tu jugak lah diorang queue...ye...memang tak melepasi line tu....xdelah semua orang serbu nak naik bas nanti...hurmmm kat mesia???

untuk ke Kyoto GH Hannari guesthouse, boleh ambil bas nombor 9 @ 50 ke Horikawa- Shimadachiuri bus station.perjalanan menaiki bas lebih kurang 20 minit untuk sampai ke guesthouse..map untuk bus's route boleh ambil di kaunter semasa beli 1 day kyoto city bus pass di main kyoto bus information center, depan kyoto station. harga pass ialah ¥500 aka rm 17.90.


 
landmark 1: fresco supermarket.

stesen horikawa-shimadachiuri ni betul-betul depan supermarket ni...turun dari bas terus amik kanan, jalan depan supermarket tu...jalan terus sehingga ke 6th side street...aka lorong-lorong kecil...

landmark 2: tiang sign GH Hannari...sempoi!

sampai korang dah nampak tiang ni, belok kiri...

tadaaa....Kyoto GH Hannari!
nampak kain hitam tanda bulat tu? dah sampai pon....bunyi macam jauh je kena jalan...tapi pada hakikatnya tak jauh mana pon, lebih kurang 10 minit je jalan masuk dari main road...ikut style korang jalan la...hehe...mula sampai tu macam jauh jugak rasa...sebab kita macam dok mencari-cari lorong kan....bila dah jumpa tu dekat je pon rasanya;p

harga aku dapat untuk 1 malam ialah ¥1900/pax aka rm 68.

pantri.

ada microwave..bolehlah nak panaskan brahim's korang bawak tu kan;p

bilik 4 pax....2 double decker. shared bathroom. aircond/heater

layan fresh strawberry beli kat fresco...manis gila! 

jangan lupa singgah bila dah sampai kyoto ni....recommended!

with kyoto GH Hannari's owner. peace y'all;p

p/s: sampai pagi tu lebih kurang jam 9...belum boleh check-in sebab awal lagi...bilik belum ready...jadi kami tinggal bag je dulu then terus keluar menjelajah bandar kyoto....kemana kita???
.
.
.
till then
xoxo.













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...