Sunday, October 16, 2016

taman safari cisarua,bogor!

sambungan dari SINI...

bila kenangan mula menggamit kembali....muahahaha pejam celik dah hampir setahun punya trip aku tak habis cerita lagi rupanya...hurmmm ok kita sambung balik..

idea nak terjah ke taman safari ni timbul lepas aku tengok running man shoot kat sini...nampak memang best tempat ni.jadi tak tunggu lama, aku mula plan untuk trip ni..aku memang suka binatang dan tak pernah sampai lagi ke jakarta, jadi memang kena sangat lah kan.


 harga tiket masuk

aku naik bas je keliling safari ni

dalam bas
masa ni kami berdua dan family of 5 ni je dalam bas..waktu biasa..bukan waktu puncak...jadi boleh menikmati perjalanan dengan tenang je...berlari-lari dalam bas..haha 

pak belang tengah lepak santai, gloria pulak tengah mandi manda

safari ni memang best, sebab kita yang terkurung dalam bas/kereta, sekalian haiwan pulak bebas berjalan ke sana sini...memang patutlah kan kita yang datang nak tengok dia, masuk rumah dia...bebas pon ada boundaries jugak la...tapi disebabkan kawasan luas  jadi tak nampak macam dalam cage. 

excited punya pasal, masa dalam kawasan pak belang aka harimau ni, aku dengan tak sengaja tertendang pulak pintu kecemasan belakang bas...terbuka luas kot!hahaha mau tak cuak...tersengih muka pak belang tu tengok kaki runcing aku terkeluar dari pintu bas...dengan pantas aku tarik balik pintu tu sebelum pak belang sempat terkam!fuhhhh lega driver bas pon macam takde perasaan je...entah dia perasan ke tak aku terbuka pintu kecemasan tu...hikhik

cheetah.deers.rhinos
tengok cheetah tu terus sebak...teringat kat cheetah aku dulu....hurmm jangan tak tahu aku pon pernah bela cheetah dulu!hehe tapi cheetah aku tu sedara jauh shawn da sheep la;p

marty.camel.lion n friends!
bus tour ni lama jugak...lebih kurang 30-40 minit...memang enjoy habislah..terasa dekat sangat...siap boleh sentuh dan bagi makan lagi kat marty...pak belang memang takdelah aku nak bagi makan...sepanjang perjalanan ke taman safari, akan kelihatan deretan gerai kat tepi jalan menjual carrot dan sayur lain sebagai buah tangan kat penduduk safari aka haiwan-haiwan comel dan manja ni...sesambil tu bolehlah ambil kesempatan untuk selfie...


penyambut tetamu aka usher n usherer;p

dah setel dengan bus/car tour, diorang akan turunkan kita untuk teruskan pengembaraan menjelajah safari ni berjalan kaki pulak...dan bagi sesiapa peminat tegar gajah memang akan berasa sangat teruja la...sebab gajah-gajah comel ni lah yang ditugaskan sebagai penyambut tetamu...hehe kalau letak pak belang ke alex da lion ke aku rasa memang berdesup lari semua orang;p

bird's show!
waktu masuk ke safari ni, korang jangan lupa ambil pamphlet untuk waktu animal show ni...setiap hari ada 2 sesi kalau tak salah aku...pertama kali aku tengok burung buat persembahan!hehe pelatih yang melatih burung tu pon boleh tahan ganteng jugak...hahaha mode gediks

pelatih aka trainer tu akan cerita pasal sejarah dan susur galur spesis burung yang ada...yelah korang janganlah pulak expect burung tu yang bercakap kenalkan diri bagai...burung-burung tu akan berterbangan di awan je...tapi timing dia masuk terbang tu memang kena dengan penerangan dari trainer tu...burung-burung tu pulak macam faham je bila trainer tu panggil suruh sapa penonton..memang terbaik! bukan senang oi nak latih makhluk tak berakal bernama haiwan ni...latih manusia yang ada akal tu pon jenuh!oppsss


sea lion's show
lepas tengok burung, aku tengok singa laut punyer show pulak...seperti yang kita sedia maklum, sea lion's show ni memang selalu je ada kat tempat-tempat macam ni...mungkin sea lion ni senang nak train untuk show kot...ke memang jenis gila glam?haha..

umpan untuk sea lion ni senang je,sediakan ikan berkilo-kilo...nanti macam-macam scene la dia buat...ada main bola, lompat-lompat manja dalam pool, sembur air kat audiences...tepuk tangan pon boleh..tapi scene yang sea lion tu kiss trainer dia memang terbaeklah...i loike..superb comel!!!sea lion la..i mean..bukan trainer dia..haishhh

 main show...tiger show..real tiger ye...not that tiger show;p

nampak? bukan main ramai orang nak tengok pak belang beraksi...femes nau!kena masuk awal setengah jam untuk dapatkan best spot...memang sangat enjoy ok...dari mula sampai habis memang tak puas tengok! dia melompat ambil daging yang tergantung kat pokok, buat lompatan sirkus, peluk cium dengan trainer, minum susu botol...dan pelbagai aksi lagi ditunjuk oleh pak belang ni untuk hiburkan penonton yang datang...

tapi aksi bermanja dengan penonton memang takde lah...untuk tujuan keselamatan katanya..tengok trainer dia pon bukan calang-calang....abang sado kau!haha memang indah sungguh ciptaan-Nya;p

list of activities!
selain animal show, ada jugak aktiviti lain yang korang boleh buat kat taman safari ni...salah satu nye boat pedalling ni la...rilek santai sambil kayuh bot ni memang layan jugak ...aku lepak kat sini sampai petang...lebih kurang jam 5..niat dihati memang nak tunggu sampai malam, tapi apakan daya...shuttle bus ke main entrance sampai kul 5 petang je..hehe 

kesimpulannya memang seronok datang sini...worth every cents paid!kalau nak tempek semua gambar kat sini memang terlalu banyak...aku share serba sedikit kat sini sebagai panduan untuk korang yang sedang plan atau masih berbelah bagi nak datang ke tak....kalau tanya aku memang wajib terjah sini kalau dah sampai jakarta..

perjalanan pulang ke bandar sama macam datang tadi...naik angkotan dan seterusnya tren ke juanda. masa naik angkot nak balik tu, aku sempat berbual dengan anak-anak dari sekolah agama atau lebih dikenali dengan nama pesantren.umur seawal 9 tahun dah tinggal kat asrama dan balik hujung minggu ke rumah sekali sebulan naik angkotan...gigih! ko tau je la bila nama nya tinggal kat hostel, semua kena buat sendiri... aku masa umur 9 tahun tak tahu apa lagi tentang kesukaran hidup...masih main guli dengan gembiranye...

melihat kesusahan hidup diorang ni memang menginsafkan aku....sobsob..tetiba sebak..nantilah aku sambung cerita lagi...
.
.
.
till then
xoxo.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...