Thursday, March 3, 2016

jejak jepun day 2: Fuji san!

sambungan dari SINI...

13/3/2016
Shinjuku bus terminal- kawaguchiko


dari haneda airport terus gerak ke stesen shinjuku, untuk naik bas ke fuji san. kat haneda takde line metro/toei..just private line. antara pilihan yang paling murah;

route 1: keikyu airport express- sengakuji- daimon-shinjuku...¥410 + subway pass (2 kali transfer)
route 2: tokyo monorail- hamamatsucho (daimon)- shinjuku...¥490 + subway pass (1 kali transfer)

plan asal memang nak amik keikyu line, sebab lebih murah tapi sebab gerak agak lewat dari airport, aku pilih route 2, risau tak sempat nak kejar bas jam 7.40am ke kawaguchiko.

sampai stesen shinjuku, terus cari loker untuk simpan bag. setel pasal beg, terus gerak ke terminal bas, exit 3 jika datang dari toei oedo line macam aku. untuk tiket bas pulak, aku dah booking kat website ni..tak perlu bayar apa-apa pon, cuma print booking bawak ke kaunter untuk tukar tiket dan buat bayaran. harga sehala ¥1750.

tiket bas dari shinjuku ke kawaguchiko ¥1750 sehala


bas kat jepun ni memang punctual ok!lewat seminit pon dia tak tunggu, inikan pula aku dah lewat 5 minit!haha nasib baik booking je...belum bayar...kalau tak memang hangus lah...sampai kaunter, terus beli tiket untuk bas seterusnya jam 8.10 pagi.

perjalanan ke kawaguchiko mengambil masa lebih kurang 1 jam 40 minit. permandangan sepanjang perjalanan memang terbaek dan terbukti jepun memang negara yang super bersih!

fuji san!

alhamdulillah...rezeki..cuaca baik,boleh nampak puncak fuji dengan jelas sekali..clap..clap!!gambar ni aku snap dari dalam bas.

tip: sila pilih tempat duduk sebelah kiri waktu beli tiket bas, iaitu bertentangan dengan driver untuk dapat view fuji yang jelas..

driver bas akan marah kalau korang cuba berdiri dalam bas, untuk ambil gambar atau sewaktu dengannya...sebab dalam bas ada seat belt, kena pakai dan duduk diam-diam je...ada mamat india kot kena marah dengan driver sebab berdiri nak ambil gambar.....haha memang disiplin sungguh japanese ni;p

stesen fuji-q highland...

stesen sebelum stesen terakhir, kawaguchiko. ramai muda-mudi yang turun kat taman tema ni untuk cuba naik roller coaster  yang dikhabarkan sangat extreme!..sebab kekangan masa, aku tak sempat nak singgah..next time...perhaps?

finally...kawaguchiko station!
bas akan berhenti betul-betul depan ni...bas untuk balik ke shinjuku nanti pon tunggu depan ni jugak.

1 day bus tour: red line ticket...¥1200/pax

tiket ini boleh dibeli di kaunter dalam bangunan depan stesen tu. masuk dalam, boleh ke information counter untuk pilih red line ke green line...ikut kesesuaian masa korang.macam aku, sebab kul 1.00 petang dah gerak balik shinjuku, maka red line lah yang sesuai..kalau korang banyak masa, boleh beli green line... boleh refer sini untuk green & red line bus's route.

snow;p

bas comel!

awan nano mula bergerak menutupi puncak fuji...

spot the cube?it's a capsule hotel uolls!!
celik mata bangun pagi nampak fuji san!sangat cool ok...pasal harga jangan tanya sebab aku tak stay sini..

speechless....
kagum dengan ciptaan-Nya. terima kasih Allah sebab bagi peluang untuk aku menikmati keindahan dan kebesaran ciptaanmu ini;p

 
glico man pose!

mendamaitenangkan...

kejakunan terserlah...but it's my first snow experience kot!
gigih nak baring jugak..padahal tengah menggigil kot!hehe maaflah korang kena paksa buka glove untuk tekan shutter kimera;p

tapakakiku & semua..

korang boleh naik dan turun bas sesuka hati...tapi kena tekan loceng untuk turun...kalau tak salah aku ada 22 stop semuanya...jadi tengok mana port yang cantik, tekan loceng, turun bergambar lepak santai dan naik bas lagi...jangan risau bas datang setiap 5-10 minit...kalau tak nak beli pass, boleh je naik bas bayar tambang sehala...tapi agak mahal la kalau nak naik turun banyak kali. nak jalan kaki pon ok...kalau korang memang overnight kat sini dan ada banyak masa...berbasikal pon boleh..tapi masa aku singkat je...jadi naik bas adalah pilihan terbaik...lagipon sejuk kot nak berbasikal..grrrrr


bas balik shinjuku...dekorasi comel thomas & friend;p

1.2.3..click!
satu lagi kenangan indah tercipta...memang berbaloi-baloi trip ke fuji san ni walaupun singkat...thanks fuji san for your great appearance! till we meet again;p
.
.
.
till then
xoxo.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...